Badan Perhubungan UMNO Perak akan melakukan rombakan besar-besaran bagi memberi perkhidmatan terbaik dan menyelesaikan pelbagai masalah yang sering menjadi rungutan rakyat selama ini.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, usaha itu dilakukan bagi mengembalikan sokongan rakyat dan memperkukuhkan semula kedudukan parti di negeri ini.
Antara perubahan yang akan dibuat ialah dengan memperkenalkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) UMNO untuk rakyat dan mengadakan lebih banyak program-program bersama rakyat untuk mengenalpasti masalah mereka.
''Dalam mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri semalam, kita bincang perkara-perkara yang jadi halangan kepada parti termasuk kedudukan parti di kaca mata masyarakat, keahliannya serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang perlu kita perbetulkan.
''Ini kerana UMNO milik rakyat dan perlu kembalikan semula kepada kekuatan UMNO yang asal sebagai penyalur suara serta pencetus kepada suara rakyat dan kalau UMNO dapat kembali ke tahap itu maka rakyat akan kembali semula kepada parti,"
Bagi memudahkan penyelesaian masalah rakyat, KPI juga akan diperkenalkan di peringkat kerajaan negeri dan satu jawatankuasa pemantau akan ditubuhkan.
''Kita juga sedang mengkaji untuk memperkenalkan kaedah baru bagi mengurangkan kerenah birokrasi di agensi kerajaan yang menyusahkan rakyat selama ini terutamanya dalam proses mengeluarkan geran tanah dan pinjaman perniagaan,"
Strategi membasmi kemiskinan oleh Kerajaan Malaysia
14 years ago
No comments:
Post a Comment